16.7.09

PPSMI tidak wajar diMANSUHKAN.

Biarpun keputusan adalah MUKTAMAD, tetapi..kerajaan juga patut mendengar dari sebelah sisi RAKYAT. Tiada keputusan yang tidak boleh diubah, kita bukan TUHAN..kita bukan DIKTATOR.. kita adalah pemangkin slogan`RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.

PPSMI sewajarnya dimulakan pada 2012(bukan diMANSUHkan), memberi KERAJAAN masa yang cukup untuk menyediakan prasarana yang diperlukan. Bermula untuk pengambilan pelajar tahun satu tahun 2012. KERAJAAN boleh dan mampu untuk menyediakan semua persediaan penggunaan PPSMI pada masa tersebut. Kita ada segala sumber kemudahan dan kelengkapan untuk pelaksanaan PPSMI.. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Tanyalah para pemimpin kita, bagaimana mereka mempelajari subjek sains dan mathematik dahulu... apakah dengan menggunakan Bahasa Melayu?? Berapa banyak sumber subjek tersebut yang boleh kita dapati dalam Bahasa Melayu?? Berapa banyakkah tenaga pengajar kita yang benar-benar menguasai ilmu tersebut dari penggunaan Bahasa Melayu?? Jawapan untuk semua soalan tersebut sudah tentu TIADA. Nak bagi pada Professor-Professor tempatan untuk mengajar subjek tersebutpun belum tentu berkesan, kerana rata-rata mereka mendapat pengtauliahan jawatan mereka daripada penguasaan Bahasa English. Lagipun... professor-professor tempatan kita ni bukannya apa sangat... belum mencapai `world standard status' untuk memegang jawatan cendiakawan begitu. Lihat dan carilah..apa-apa journal, R&D yang mereka telah lakukan, yang telah menjadi bahan atau rujukan antarabangsa... tiadakann!! Kalau adapun, cuma bertaraf rujukan dalam negara...dunia antarabangsa tak pakai langsung.

Jadi...kenapa kita hendak MANSUHKAN usaha untuk membangunkan martabat bangsa MALAYSIA..?? Kenapa harus difikirkan perbelanjaan jutaan ringgit yang terpaksa kita laburkan untuk memberi kepakaran kepada bangsa kita....??? Kenapa kita sanggup berbelanja jutaan/berbilion ringgit untuk menaja atau menggadakan sesuatu acara sukan bertaraf dunia, atau untuk memasukkan rakyat kita menyertai F1 (yang dari kenaikan sampai keturunan, tiada kedudukan).. tetapi, untuk memperkembangkan martabat pembelajaran rakyat..kita amat BERKIRA-KIRA...kenapa?? Menderma JUTAAN ringgit kepada mangsa itu dan ini... tetapi, untuk meningkatkan martabat pendidikan...kita TAKUT-TAKUT nak keluar FULUSSS... kenapa boleh jadi begini?? Isu pendidikan tidak patut di politikkan atau disensasikan.. kerana, kita digalakkan untuk MENIMBA ILMU,WALAU SAMPAI KE NEGERI CHINA .. untuk MASA DEPAN generasi seterusnya dan negara kita. Pelaburan jangka panjang,tidak akan rugi apa-apa........!!!!

0 comments: