2.11.09

Tak boleh tegur ke????



Wah...JomoSama rasa agak `berasap' telinga bila lihat PM kita berucap dalam perhimpunan parti Gerakkan baru-baru ini. Maklumlah...dah jadi Perdana Menteri, Presiden parti UMNO.. gayapun mesti hebatkannnn!!!

Tapi...bila timbul persoalan teguran atau pertanyaan wakil rakyat Sri-Gading tentang perlantikan Presiden Gerakkan yang kalah PIRU ke-12 tu, kedalam kabinet menteri persekutuan.. tiba-tiba JomoSama nampak macam yang berucap kat screen TV tu bukan PM kita.. tapi, seseorang yang sudah lupa diri dan besar kepala. `SAYA ADALAH PERDANA MENTERI NEGARA INI,SAYA JUGA PRESIDEN PARTI UMNO DAN JUGA PENGERUSI BARISAN NASIONAL, TINDAKAN SAYA JANGAN DIPERSOAL,SESIAPA SAJA YANG SAYA LANTIK JANGAN DIPERTIKAI..." antara lain petikan ucapan TUAN PERDANA MENTERI MALAYSIA kita malam itu.

Amboiii....wakil rakyat BN Sri-Gading tu bertanya atau mempersoalkan apakah kewajarannya Tan Sri Koh Tsu Koon dilantik kejawatan yang setaraf dengan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri..nampak macam perlu diperbaiki atau dibuat sesuatu agar ianya lebih berkesan. Bukannya nak mempersoalkan siapa PERDANA MENTERI, SIAPA PRESIDEN PARTI atau PENGERUSI BARISAN NASIONAL...??? Yang bertanya itupun adalah antara orang-orang yang menyokong perlantikan seorang PERDANA MENTERI, seorang PRESIDEN PARTI UMNO dan PENGERUSI BARISAN NASIONAL.. takkan tak boleh bertanya?? Apa pula rasionalnya dengan perlantikkan itu...kalau nak dengar `SUARA' parti GERAKKAN, gunalah cara yang biasa digunakan pada anggota-anggota BN yang lain... apa salahnya!! Kalau itulah alasannya, bagaimana dengan Presiden MIC, IPP, parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak... kenapa tak lantik mereka dalam Kabinet persekutuan?? Kenapa dengan Tan Sri Koh Tsu Koon sahaja??

Kalau tiada wakil rakyat BN Sri-Gading, atau tiada sapa-sapa yang calonkan dan menyokong perlantikkan seseorang PERDANA MENTERI,PRESIDEN PARTI dan PENGERUSI BARISAN NASIONAL.. boleh ke kita suka-suka lantik diri kita pegang jawatan tu, Datuk Seri..??? Tak boleh ke sesiapa mempersoalkan atau bertanya tentang tindak tanduk ketua mereka?? SEJAK BILA PULA KITA LANTIK STALIN JADI PM MALAYSIA NI???

29.10.09

TUN SAKARAN ‘DIKTATOR’ USIA?

Oleh: HAMID ZAKARIA (SabahKini.Com).

KEENGGANAN Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Tun Sakaran Dandai untuk berundur sekalipun dipaliti dengan pelbagai skandal dan tidak merestui jawatan Yang Di Pertua dipertandingkan menyebabkan ada Ahli ‘USNO’ dalam Usia mahu menggulingkan Sakaran dengan mendedahkan ‘Pekung’ beliau di media massa memandangkan Pendaftar Pertubuhan Sabah (ROS) telah ‘dibeli’ agar tidak mendedahkan maklumat Usia sekalipun dikategorikan sebagai ‘Public Document’.

Seorang ahli USIA tegar, yang hanya ingin dikenali sebagai Mohammad, menegaskan Sakaran sedang menjadikan Usia sebagai ‘Harta Peribadi’ dan mewujudkan ‘Dinasti’ kerana akan berundur jika keadaan terdesak dan melantik anaknya, Datuk Nasir sebagai Pemangku dan bukannya salah seorang empat calon Timbalan Presiden yang bakal berentap pada pemilihan Pucuk Pimpinan Usia November ini.

“Kita kesal kerana Tun tidak merestui sebarang perebutan pucuk pimpinan Usia dan kita disekat daripada mendapat maklumat tentang Usia termasuk harta dan liabiliti Usia. Pendedahan Sabahkini.net cukup membimbangkan semua ahli Usia,” ujar Mohammad yang menekankan 1Borneo telah meletakkan Usia sebagai ‘Pelacur’ yang berjubahkan Islam. Mohammad turut mendedahkan, disebabkan ramai ahli Usia marah kerana Pemaju 1Borneo mengeluarkan cek tendang kepada Usia, Pengarah Urusan Ramajuta Properties Sdn.Bhd telah merasuah semua AMT Usia, RM10,000 setiap seorang.


“Ada juga yang tidak mengambil wang rasuah tersebut yang diberikan menjelang hari raya 2008 dan antara AMT yang tidak terima termasuk Ketua Wanita Usia sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai memprotes tindakan Tun Sakaran yang terlalu lemah menjaga nama baik Usia,” ujar Mohammad yang memaklumkan bahawa isu ini bukan lagi rahsia.


Bagaimanapun, Mohammad hairan kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan berhubung isu ini sekalipun laporan rasmi di buat di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Saya harap pada mesyuarat MT kali ini, ahli MT akan membuka mata Tun Sakaran yang terkatup oleh wang dan tidak lagi menjadikan Usia sebagai ‘Perempuan Simpanan’ atau ‘Harem’ kerana mencemarkan maruah seluruh umat Islam di Sabah, “ ujar Mohammad yang menekankan betapa pentingnya Persidangan Agung 2009 wajib ditangguhkan sehingga semua masalah dalam Usia diselesaikan dengan baik dan tuntas.

Menurut Akta Pertubuhan 1960, kata Mohammad, Usia sudah boleh diharamkan atau menjadi pertubuhan haram secara automatik kerana tidak pernah menzahirkan makumat sebenar tentang ahli, harta dan operasinya.

-------------------------------------------------------------------------
Uinah boss....teruk juga tu. Memang ada kedengaran berita-berita dan cerita hangit tentang Pertubuhan USIA ni...tapi ndak dapat dipastikan lagi kesahihannya. Kalau betul bagai dikata... payah sudah ni.!! Itu SPRM tu pun memang sedang buat kerja, tapi...mungkin ada sikit kelewatan nak kumpul cerita dan dokumen.. lagipun, ramai juga anak buah Tun Sakaran yang berkhidmat dalam SPRM tu...betul tak???

Selain dari itu...ada juga berita dan cerita hangit tentang anak buah Tun Sakaran ni..itu bah, si Dtk Shafie Afdal... dengan Kementerian Pembangunan Luar bandar & Wilayahnya..!! Bukan main tebal lagi laporan tu..kalah-kalah tebal kamus dewan bahasa.. dan bermacam-macam cerita ada didalamnya... SPRM ada terimakah itu naskah laporan?? JomoSama ada terima tu dari kawan di Sarawak..Wahhh....wowwwwwww, boleh kaya gila-gila ohhh kalau betul-betul macam yang dalam repot tu.

Ayam terlepas, Tangan bau taik........

Sumber ini saya angkat dari blog SenjaLiza... (esteady ko dinakan..).

PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.(nasib ko ndak ikut pulang rumah si jeffrey.) Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah. (Alaa... masa Hj.Ansari Abdullah jadi Ketua Perhubungan Negeri dulupun, kamu dengan Jeffrey bukan main dengki lagi, sekarang baru pandai cakap tentang ketelusan..aduhh lucunya bulu hidung saya..) "Ibu saya (ahh..apa pula kena mengena Ah Sau ni dengan PKR) terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. "Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya. (Sembilan tahun katamu...urang berjuang berpuluh-puluh tahun dalam parti pun belum tentu dapat jadi ketua cawangan, inikan pula kau!!)

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah. Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah. Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru. "Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya. "Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya. Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti. BERNAMA.

---------------------------------------------------------------------------
Saya tidak terkejut dengan perkembangan terbaru PKR Sabah ini kerana ianya memang telah dijangka dari awal lagi, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan Dtk.Dr.Jeffrey Kitingan. Kemana saja orang ini pergi, parti apa saja yang beliau sertai, pada penghujungnya pasti akan berlaku perkara yang sama seperti yang terjadi pada masa beliau menyertai PBS, AKAR, PBRS dan kini PKR. `Target' utama beliau bila menyertai atau menubuhkan sesebuah parti baru, adalah untuk menjadi KETUA/PRESIDEN parti. Lain-lain hal atau jawatan, tidak ada ertinya buat dia. Kalau dia diterima masuk dalam UMNO pun, beliau akan berusaha untuk menjadi PRESIDEN UMNO. Itu sudah tatap punya.....!! Bukan lagi alang2 menyeluk pekasam, kalau Jeffrey ni.. terus main kaut pakai sudu besar punya.. hawa besar, perut ndak muat!!

Tapi, yang lebih mengelikan hati lagi... manusia dua ekor ni (Dr.Jeffrey dan Christina Liew), sudah dipecat dan digantikan oleh orang lain, baru nak `mengumumkan' mereka `letak jawatan'. Jawatan apa lagi yang mereka ada untuk `diletakkan' kalau mereka sudah awal-awal kena pecat dengan digantikan orang lain.?? Hairan... bin ajaib... juga manusia 2 orang ni.

Kemudian tu, masih mengekalkan keahlian dalam parti walaupun sudah hilang kepercayaan pada perjuangan parti. APA MAKNANYA TU...??? Minta kena PUJUKKK ... dan juga main TARIK TALI dengan Mat Sondolme dan Kak Wan di KL. Chehhhh..... nak berhenti, berhenti saja, buat apa lagi tunggu sana... orang lain tengok pun tambah meluat lagi dengan muka kamurang itu. Baik kamu dua buka parti baru.. (Christina + Jeffrey) Parti CareFree.!!! Hah...dapat juga jadi Presiden dan Timbalan Presiden... kata ada banyak penyokong, bawalah masuk parti baru...!! Jadilah macam parti SAPP... presiden tiada kerusi, mahu main tarik tali ngan BN... sekarang tinggal berapa kerusi... silap hari bulan (bulan mana pandai silap) yang tinggal nipun demand nak jadi Presiden.... tambahlah `LUGUS' tu kepala si Yong Teck Lee.!!! Bagus lagi lawan sabung ayam....!!!

Thamrin ganti Azmin Pengerusi PKR Sabah.

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Libaran (Fakta yang silap), Thamrin Zaini sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Azmin Ali yang juga naib presiden parti itu. Perkara itu diumumkan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail setelah bermesyuarat selama empat jam bersama kepimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana di sini hari ini. Mesyuarat itu turut memutuskan penubuhan Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak yang antaranya disertai Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan,-DARI UTUSAN MALAYSIA..

..pst.., Thamrin Zaini atau nama sebenar Ahmad Thamrin Haji Zaini BUKANlah ADUN Libaran seperti yang dinyatakan dalam Utusan Malaysia dan DUN Libaran sebenarnya tidak wujud di Sabah. Libaran ialah Kawasan Parlimen di Daerah Sandakan, Sabah yang diwakili oleh YB. Datuk Juslie Ajirol. HARAP DISEDARI.

16.10.09
















Well,ladies and gentlemen, fire bridget and firemen, presenting to you,the LOSERR!!

Ahli-ahli MCA telah menggunakan `kebijaksanaan' mereka dalam menyelesaikan pertelingkahan pucuk pimpinan mereka. Tarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepungpun tidak berserakkan.

Tapi..apakah itu cukup untuk meredahkan suasana?? Dengar khabar the president are still interested??? Nak serah pada perwakilankah untuk buat pemilihan semula??? Ya...why not?? The party is belong to the members, they choose they vote. Kenapa nak pandai-pandai gantung dan sisihkan calon-calon yang telah menang pemilihan. UMNO jangan kura-kura dalam perahu, KJ tu nak dibuat bagaimana?? MIC pula.. bila lagi ahli-ahlinya nak tunjukkan kuasa power ranger mereka?? Takut sangatkah dengan pak samy vellu tu.....?? Kalau takut sangat....gi lerr join Makkal Sakti, biarlah Samy Vellu dengan MICnya together gather disana....!!! Bila lagi......???

Khairy Jamalludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bila insan ini berucap, kedengaranlah bermacam-macam teori dan tohmahan dilempar ke atas isi ucapan beliau. Yang sekecil-kecil batuk atau hembusan nafaspun akan ditafsirkan dengan bermacam-macam persoalan. Dah begitu hendaknya....tak heranlah, Tun Mahathir amat mencemburui beliau, (the son's that he doesn't have!!).

Kini orang bercakap tentang saranan KJ pada bangsa Melayu untuk mengubah `seige mentality' mereka kepada sesuatu yang lebih berani mengharungi cabaran globalisasi, tetapi...ada juga segolongan orang yang `berkokok' nyaring mengenai saranan tersebut. Mereka2 ini tak mahu Melayu berubah...mereka ini mahu Melayu terus LAYU.

Kepada semua pemuda UMNO, berilah sokongan pada KETUA PEMUDA MALAYSIA ini dalam memertabatkan bangsa, agama dan negara kita. Bergeraklah bersama beliau, bukan didepan atau belakang tetapi seiring. Anda telah memilih Khairy Jamaluddin sebagai tonggak pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Ianya bukan kesilapan, bukan juga kerugian.. anda telah menyatakan pendirian anda pada masyarakat negara ini..BAHAWA, PEMUDA UMNO MALAYSIA INGINKAN PERUBAHAN DENGAN PEMBAHARUAN DALAM SEMUA ASPEK. Zaman kroni TUN MAHATHIR telah berlalu.... ini zaman DS Mohd Najib Tun Razak, zaman Khairy Jamaluddin mencatur langkah, walaupun nampak sumbang, tapi ini cuma permulaan. Biasanya langkah pertama itu selalu janggal untuk orang-orang lama yang sudah terbiasa dengan rentak Tun Mahathir dan kroninya, tapi... lama-lama nanti, akan biasa juga,mungkin akan lebih menyeronokkan (rocking) dari rentak Tun Mahathir. We got to try it, before we know...KAnnn!!

Persidangan UMNO 2009.

Uhhh...meriah sungguh, berkilau-kilau dan merah menyala-yala perhimpunan kali ini. Dengan bermacam-macam agenda pembaharuan yang akan dibincangkan dan dilaksanakan, semoga ianya bukan sekadar laungan rhetorik seperti wawasan itu dan ini, pandang sana dan sini dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah loya dan muak dengan laungan dan jeritan, masanya untuk bekerja...masanya untuk memberikan apa yang dijanjikan sebagai yang `terbaik'.

Sedih juga kerana Tun Abdullah tiada, yang ada hanyalah TUN yang keluar masuk UMNO macam tinggal dalam hotel. Kemana agaknya Tun Abdullah menghilang...?? Merajuk ke dia atau tak dijemput ke dia??? Atau Tun Mahathir dah bagi warning awal-awal, dia datang..aku tak datang!!!

Selamat bersidang dan selamat bermuhasabah diri wahai ahli-ahli UMNO.

Salam 1Malaysia...

Salam 1Malaysia untuk semua, yang mengenali atau tidak, yang menyukai atau tidak pada JomoSama. Setelah sekian lama menyepi diri, kini JomoSama kembali menyemarakkan lagi dunia blog ini. Bukan letih atau penat, bukan juga merajuk.. JomoSama menghilang sekadar mengambil `angin' untuk melihat blog-blog anda yang lain, mempelajari dan mengikuti perkembangan teknologi terkini, sambil ingin mencari arah tujuan dalam ruangan penulisan blog ini.

Ya, bulan puasa sudah berlalu dan kini kita masih dalam bulan Syawal, Belum terlambat kiranya untuk JomoSama mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI pada semua, kalau terkasar bahasa, tersilap tingkah laku harap dimaafkan. JomoSama juga seperti kalian semua, tiada lebih dan tiada yang kurang. Salam teristimewa untuk semua rakan bloggers dalam Bloggers Pembela Negara, teruskan perjuangan tanpa sempadan ini.. walau terpaksa melalui segala keperitan dan kepayahan dalam kehidupan kita seharian. NO PAIN, NO GAIN.

Pada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang menduduki exam, tak kiralah samada mengambil pengajian penuh atau separuh masa, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN dan SEMOGA ANDA SEMUA LULUS CEMERLANG dalam ujian ini dan seterusnya. NO PAIN, NO GAIN.

Assalammualaikum.

10.9.09

Rakyat Indon marahkan MALAYSIA...


Wahh...merdeka sungguh mereka, meriah sungguh mereka menhentamkan kerajaan MALAYSIA, kata kita kejam dan macam-macam lagi. Buat perarakkan dan buat pemeriksaan kad pengenalan sewenang-wenang pada rakyat kita yang berada disana atas urusan kerja, melancong atau belajar...BUKAN SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN!!


Kalau susah sangat nak urus negara ini...TUTUP PINTU negara ini kepada rakyatnya dan rakyat kita. HALAU BALIK semua amah-amah INDON diMALAYSIA..begitu juga dengan buruh-buruh kasar dan kontrak di negara ini, HALAU MEREKA balik ke negara INDONESIA. Panggil balik rakyat kita yang MELANCONG,BEKERJA, dan BELAJAR di negara itu untuk di tempatkan ke negara-negara yang bersesuaian dan lebih BERTAMADUN dari negara ITU.

RM500.00 bonus raya...???

RM500.00 bonus raya untuk kakitangan / penjawat awam dari kerajaan 1Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Pembayaran akan dibuat dalam 2 kali, separuh sebelum raya dan separuh lagi hujung tahun 2009. Pada tahun-tahun lepas, mereka meriah dan joli sakan dapat durian runtuh pada waktu perayaan dan hujung tahun, tapi KENAPA tahun ni nampak REDUP sahaja???

Kalau JomoSama yang ditanya samada layakkah mereka ini diberi bonus atau imbalan sedemikan rupa, jawapan JomoSama ialah TIDAK SAMA SEKALI. Mereka, kakitangan / Penjawat awam ini tidak layak untuk mendapat apa-apa tahun ini atau tahun selepas PIRU ke-12. MENGAPA..???

Sebelum PIRU ke-12, mereka disirami dengan macam-macam bonus, kenaikan 25% dan bermacam-macam lagi imbuhan, untuk menaikkan semangat mereka bekerja, dipendekkan lagi hari bekerja seperti yang diamalkan di AMERIKA dan macam-macam lagi. Sepatutnya mereka akan dapat melonjakkan prestasi tugas mereka kepada 150% atau pun lebih..TAPI, apa sudah jadi????

Kerajaan BN kalah di 4 buah negeri, dan parti-parti komponen kita yang hanya seciput dua dalam sektor kerajaan kalah teruk!! Kerajaan BN bagi bonus, kerajaan BN nyaris-nyaris tersungkur dalam PIRU Ke-12... JADI, layakkah mereka itu diberi KPI yang sedemikian hebat?? Dan sekarang, mereka diberi pula bonus walaupun hanya secupak (harga spender JomoSama pun sudah lebih dari itu).??? LAYAKKAH KAKITANGAN/PENJAWAT AWAM INI MENDAPAT LAYANAN SEDEMIKIAN RUPA KALAU HASIL USAHA MEREKA DALAM PIRU KE-12 DIJADIKAN UKURAN..??? Tentu akan ada suara yang berkata, mereka tidak boleh berpolitik, maka kenapa mereka hendak dikaitkan dengan parti politik?? Parti politik itu siapa, kerajaan itu siapa...??? Sebagai kaki dan tangan KERAJAAN BN, mereka sepatutnya adalah teras dan kekuatan sesebuah kerajaan yang memerintah..betul tidak!! Tapi, kalau beberapa kerajaan negeri tumbang dalam PIRU ke-12 lepas, bukankah itu menunjukkan bahawa mereka telah gagal dalam menjalankan dasar-dasar kerajaan!! Nak bagi habuan lagi..?? Kamu semua boleh fikirlah sendiri apa sebenarnya MAKNA PEMBERIAN ITU dalam erti kata yang sebenarnya!!